Interview Straight At Venue

Raw Skins 
Salam , sudah album ke belum ?  Halo SAV .... Halo SAV ... 

Hero Wahyu S
Yap .. Halo 

Raw Skins
Apa khabar .. lama tidak dengar berita dari Jakarta ..
boleh luangkan sedikit masa ...

Hero Wahyu S
Khabar baik brother, kami tidak di Jakarta, melainkan di Surabaya

Raw Skins
Oh maaf , Surabaya . Bukan di Jakarta. Bagaimana situasi di Surabaya tentunya tidak ada kekacauan atau bagaimana situasi Surabaya?

Hero Wahyu S
It's ok, disini aman situasi terkendali, apa khabar disana ?

Raw Skins
Di Pahang biasa sahaja. Bagaimana SAV masih aktif ? Dengan event dan gig-gig seluruh Surabaya dan Indonesian.

Hero Wahyu S
Akhir-akhir ini kami jarang muncul kerana ada kesibukkan diluar band yang cukup menyita waktu kami masing-masing. Tetapi masih tetap berjalan seperti biasa tetapi agak slowly sedikit. Tidak seperti tahun 2011 yang lalu kami telah menjelajahi Malaysia dan Asia kami banyak mendapat pengalaman. Agaknya bila lagi boleh ketemu orang Malaysia. 

Raw Skins
Oh begitu. Aku rasa bagus kalau aku pun dapat menyertai Tour sama seperti band-band tersebut. Tetapi aku tidak berpeluang kerana Band aku (BDK) telah RIP. Tidak mungkin ahli band aku reunion kembali. Itu aja …Berbalik kepada soalan aku tadi ? Masih SAV dengan line-up atau member bands yang asal ?

Hero Wahyu S
Iyah betul. Tidak perlu terang bro .. Baca dalam Lovegrasszine isu4 ada band SAV yang telah review.

Raw Skins
Ermh … nanti aku rujuk. Apa lagi ?

Hero Wahyu S
Ini bandpage Straight At Veneu :
We started out in early january 2005, released an extended play album " Description Of The Democratic " by fastrip records. we have a new album coming up in 2011 entitled " future ". be ready ! Discography : • Awal Jiwa Yang Hilang    ( Full Album CD ) 2007 prod : Fun records • Future Generation ...

Raw Skins
Boleh terangkan influence SAV .Bagaimana bagi masa untuk muzik dan aktiviti diluar
bands ?

Hero Wahyu S
Useless id, No use for a name (NUFAN) dan Nofx . Untuk bagi masa kita cuma hanya melakukan koordinasi berbagi info sahaja kepada teman penikmat muzik dan pembaca zine dan funzine sahaja.

Raw Skins
Tidak berminat dengan irama Straight Hardhore seperti spires atau Last strive
mungkin SAV kurang berminat seperti itu. Komen tentang sceneter di Indonesian ketika ini. Setelah tahun lalu begitu banyak band dari sana berdatang ke Malaysia ?

Hero Wahyu S
Banyak bands telah datang ke Malaysia seingat aku seperti Straight Answer , Overload , Milisi Kecoa dan Superman is Dead. Semuanya menjalan Tour dari Kuala Lumpur dan balik semula.

Raw Skins
Cukuplah disitu sahaja. Nanti kita jumpa lagi. Semoga Indonesian lebih Happening.


INTERVIEW STRAIGHT AT VENUE(SAV) SAMPAI DISINI SAHAJA DAN AKU CUBA MENCARI INTERVIEW LAIN PULA. WALLAHUALLAM.

TOOLS OF THE TRADE Benefit Show

TOOLS OF THE TRADE Benefit Show / Farewell Party@ TEMERLOH

LIST BAND TOOLS OF THE TRADE SHOW ..

TOOLS OF THE TRADE

http://www.facebook.com/profile.php?id=100001701465791


Infinite Delay

Abnormal Psychology
A.N.T.I
Attacking Business
Pusher
Butcher Bastard

Ticket : 18 free poster


Muzik salah satu pelancongan utama


Oleh ABD. AZIZ ITAR
Gambar ASWAD YAHYA


SELEPAS 18 tahun nama Subculture terus bertapak di kalangan peminat muzik punk rock tempatan. KUMPULAN punk rock tempatan, Subculture mencipta sejarah tersendiri apabila muzik video mereka yang berjudul Ticket To The Moon dipilih bagi mempromosikan program Pelancongan Angkasa yang pertama di peringkat dunia. Lagu itu juga dipilih oleh Space Tourism Society Malaysia Chapter yang mewakili negara di mana lagu ciptaan kumpulan berasal dari Kuala Lumpur itu akan dilancarkan di Los Angeles (LA), Amerika Syarikat (AS) pada 28 April tahun depan.

Penyanyi utama dan ketua kumpulan Subculture, Azreen berkata, pemilihan lagu Ticket To The Moon yang dipetik daripada album single terbaru mereka itu merupakan pencapaian serta penghargaan terbesar mereka setakat ini. “Space Tourism atau Pelancongan Angkasa merupakan salah satu program yang membabitkan NASA (Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan) yang baru diperkenalkan dan menjadi tema program tersebut. “Kemungkinan besar kami akan berkunjung ke LA pada tahun depan sewaktu pelancaran program itu dan sekali gus mengadakan persembahan di sana,” katanya kepada Hits sewaktu ditemui di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Selain menjadi lagu tema program Pelancongan Angkasa, Ticket To The Moon ujar Azreen, 38 , lagu itu juga dipilih sebagai lagu tema sebuah filem animasi tempatan berjudul Re-Entry terbitan Triangle D Inc. Filem animasi terbitan anak watan itu akan mewakili negara bagi mempromosikan lagi program Pelancongan Angkasa itu yang kini sedang dibangunkan dan bakal menjadi suatu produk pelancongan popular suatu masa nanti. Menurut pemegang ijazah dalam bidang psikologi ini, dia tidak menyangka lagu Ticket To The Moon menjadi perhatian kerana ia merupakan album single terbaru Subculture selepas enam tahun tidak merakamkan album baru.

“Kami tidak menyangka lagu yang kami rakamkan pada Februari lalu berjaya menarik perhatian mereka. Mungkin konsep muzik dan jalan cerita lagu itu sesuai dengan program Pelancongan Angkasa. Melodi lagu itu ringkas sahaja. “Apatah lagi kami sudah lama tidak muncul dengan album baru. Mungkin ada di antara peminat yang beranggapan kami sudah tidak aktif atau berpecah. Saya anggap ini adalah permulaan yang baik untuk kami kembali lebih aktif,” ujarnya. Selepas 18 tahun terbabit dalam persada muzik punk rock tanah air, Subculture telah menghasilkan tiga buah buah album berjudul Love & Hate pada tahun 1994, Time Knock (1997) serta Retrofungus (2002). Kesemua album itu mendapat sambutan hangat daripada para peminat mereka di mana sebagai contohnya, album Love & Hate terbitan SZS Production telah dijual lebih 100,000 unit dan menjadi album mereka yang paling laris.

Menurut Azreen, buat masa ini Subculture sedang ligat mempromosikan semula nama kumpulan mereka termasuklah dua lagu single terbarunya yang kerap disiarkan melalui stesen radio X-FM, Muzik FM dan Red FM. “Saya harap dengan adanya lagu single terbaru kami itu dan dalam projek Pelancongan Angkasa ini, lebih ramai peminat termasuklah generasi baru yang akan mengenali serta memberi perhatian kepada kami. “Pada masa sama kami akan terus aktif mengadakan persembahan tidak kira di mana-mana juga. Misalnya pada Oktober ini Subculture akan mengadakan persembahan di Jakarta Rock Festival,” katanya lagi. Selain Azreen, Subculture yang turut dianggotai Fa’o selaku gitaris, Izmir (bassis), Nizam (gitaris) dan Sani (dram) sebelum ini juga pernah muncul dalam album kompilasi The Best of Subculture pada 2006 dan A Circle of Friend (1993).

Subculture yang pernah popular menerusi lagu Fun Friends dan My Baby Don’t Want To Play With You turut mengambil pendekatan baru bagi meluaskan lagi pengaruh serta populariti mereka dalam persada muzik tempatan. Antaranya dengan memberi tumpuan terhadap lagu-lagu Melayu di mana sejak hampir dua dekad bergerak dalam bidang muzik mereka belum pernah menghasilkan album Melayu sehinggalah munculnya lagu Dilema. “Dilema adalah lagu Melayu pertama yang kami rakamkan. Sebelum ini kesemua album dan lagu yang kami rakamkan adalah dalam bahasa Inggeris. Saya dapati lagu-lagu Melayu semakin sesuai dalam muzik punk rock.

“Lagipun dengan adanya lagu-lagu Melayu ia akan memudahkan lagi penghayatan para peminat kami yang kebanyakannya terdiri daripada orang Melayu. Kami yakin lagu Melayu juga boleh popular macam lagu-lagu Inggeris,” komennya.

Sumber : Utusan Malaysia 2012

Gig JOGET BELON 2012

  • Sunday, May 20, 2012
  • 2:00pm until 7:00pm

List Band

Nerd 35 (launching ep)

http://www.facebook.com/pages/Nerd-35/104855556251116


Pulling T (launching demo)
http://www.facebook.com/PullingT

Stubborn
http://www.facebook.com/stubbornmalaysia

Turn off
http://www.facebook.com/pages/TURN-OFF/183531791701132

Hackers
http://www.facebook.com/pages/Hackers/177374278952053

I see dumb people
http://www.facebook.com/iseedumbpeople

Rootstalk
http://www.facebook.com/pages/the-rootstalk/110917862282768

50 terawal dapat cd

Supporting label : budak berok record,arjuna studio,tag attack,still here to record,odv,skate Temerloh,fixt and rohstudio

Ticket : rm 5.00
ARJUNA STUDIO ENTERTAIMENT
JALAN INDUSTRI 2/1,TAMAN PERINDUSTRIAN TEMERLOH,MENTAKAB., 28400 Mentakab, Malaysia

Shock & Awe! Issue 03





Shock&Awe! Issue #03 goes bigger in size wise. Added columns! More reviews! Interview with homeboys Pusher and Singapore’s best: Pazahora! And another Blust from the Past!
Unbelievably Bad magazine is by far my favourite music mag for the following reasons; the awesome cover, the amazingly clean and professional layout, the interesting articles, left of centre interviews and of coarse the cd/zine reviews.

Shock and Awe is from Malaysia, and apart from not having zine reviews, it's the closest music publication to come close to how cool UB is. I REALLY enjoyed the diverse range of articles from a wide range of authors and perspectives within the punk/music/DIY scenes which filled most of the pages as well as two long local punk interviews. I couldn't be more impressed with the publication. It even has a photo pull out spread in the centrefold. 

I currently have no copies left in . You MUST buy this. Ci Chaan-Knotrecords

Perang Dingin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
 
 
Blok Barat (biru) dan Timur (merah), dengan  wilayah-wilayah Dunia Ketiga yang dipertikaikan (hijau).
 
Perang Dingin ialah persaingan terbuka tetapi terhad yang bermula selepas Perang Dunia Kedua antara Amerika Syarikat dan sekutunya dengan Kesatuan Soviet dan sekutunya. Pergeseran ini dikenali sebagai Perang Dingin kerana ia tidak membabitkan pertempuran bersenjata secara langsung antara kuasa besar (perang "panas") secara besar-besaran. Perang Dingin dijalankan melalui tekanan ekonomi, bantuan terpilih, pergerakan diplomatik, propaganda, pembunuhan, operasi ketenteraan tahap rendah dan perang proksi sepenuhnya antara 1947 sehingga kejatuhan Kesatuan Soviet pada 1991. Istilah ini dipopularkan oleh pembiaya dan penasihat politik AS Bernard Baruch pada April 1947 semasa perdebatan mengenai Doktrin Truman.



 Sebahagian Tembok Berlin, suatu simbol perpecahan Eropah sewaktu era Perang Dingin.
 
Perang Dingin biasanya dianggap berlaku sekitar akhir perikatan antara AS dan Kesatuan Soviet semasa Perang Dunia Kedua sehingga pemecahan Kesatuan Soviet pada tahun 1991. Perang Korea; Krisis Peluru Berpandu Cuba; Perang Vietnam; Perang Afghan; dan rampasan kuasa ketenteraan dibantu Agensi Perisikan Pusat (CIA) terhadap kerajaan dipilih condong kekiri di Iran (1953), Guatemala (1954), dan Chile (1973) merupakan beberapa kejadian di mana ketegangan berkait dengan Perang Dingin mengambil bentuk pertelingkatah senjata. Dalam pertelagahan itu, kuasa besar, terutamanya Amerika Syarikat, beroperasi sebahagian besarnya dengan ,membekalkan senjata dan wang kepada penentang, perkembangan yang mengurangkan kesan langsung kepada populasi kuasa besar.

Pada dekad 1970-an, Perang Dingin telah memberi laluan kepada pengenduran ketegangan dan perhubungan antarabangsa menjadi semakin rumit apabila dunia tidak boleh dipecahkan kepada dua blok berasingan yang nyata. Akibatnya, negara-negara yang kurang berkuasa mampu menjadi lebih berdikari, dan kuasa besar ini adalah sebahagiannya berupaya untuk mengenalpasti minat mereka dalam percubaan untuk mengawal percambahan senjata nuklear (lihat SALT I & II dan Perjanjian Anti-Peluru Berpandu Balistik). Hubungan AS-Soviet telah kembali renggang pada akhir 1970-an dan awal 1980-an, tetapi menjadi semakin pulih apabila blok Kesatuan Soviet menunjukkan tanda-tanda kejatuhan pada akhir 1980-an. Keruntuhan Kesatuan Soviet pada 1991, bermakna Rusia telah hilang status kuasa besarnya yang dicapai selepas Perang Dunia II.

Strategi konflik antara AS dan Kesatuan Soviet diarena global adalah lebih kepada strategi teknologi (lihat juga teori pencegahan). Ia turut melibatkan konflik secara tersembunyi melalui beberapa aktiviti perisikan. Selain daripada pembunuhan ejen-ejen perisikan, perang ini amat tertumpu kepada kebimbangan tentang senjata nuklear. Persoalannya adalah jika salahsatu kuasa besar menghasilkannya secara besar-besaran dan sama ada peperangan boleh dielak hanya dengan memiliki senjata tersebut. Satu lagi hakikat ialah peperangan propaganda yang rancak antara AS dengan Kesatuan Soviet. Sebenarnya, kemungkinan perang nuklear sejagat tidak pasti boleh dielakkan, akibat perang-perang wilayah yang lebih kecil, dan ini telah meningkatkan tahap kebimbangan setiap kali pertempuran berlaku. Ketegangan ini membentuk kehidupan manusia di seluruh dunia dengan takat yang sama dengan pertempuran benar.

Kawasan yang paling getir ialah Jerman, terutamanya di bandaraya Berlin. Tidak boleh dinafikan, simbol Perang Dingin yang paling jelas ialah Tembok Berlin. Tembok ini telah memisahkan Berlin Barat (sebahagian bandaraya yang dikawal Jerman Barat dan sekutunya) dari Berlin Timur dan wilayah Jerman Timur, yang mengelilinginya.

Perlumbaan senjata

Satu ciri utama Perang Dingin adalah perlumbaan senjata antara Kesatuan Soviet dan NATO, terutamanya Amerika Syarikat tetapi termasuk juga United Kingdom, Perancis, Jerman Barat, dan beberapa kuasa Eropah. Perlumbaan ini yang berlaku dalam pelbagai bidang teknologi dan ketenteraan menghasilkan banyak penemuan saintifik. Kemajuan revolusioner terutamanya adalah dalam bidang roket yang mendorong perlumbaan angkasa. (Kebanyakan atau kesemua roket yang digunakan untuk melancarkan manusia dan satelit ke angkasa lepas dan untuk sampai ke bulan berasal daripada reka bentuk ketenteraan.)

Soul Savior From Temerloh Rock City



Soul Savior ditubuhkan sekitar tahun 2004 hingga 2005 dengan ahli seramai 4 orang pada masa itu. Walaubagaimanapun mereka tidak membuat sebarang proses rakaman sehinggalah pada sekitar tahun 2006 dimana mereka telah merakamkan 4 buah lagu di sebuah studio jamming amatur dengan kualiti rakaman yang langsung tak membanggakan.
4 buah lagu yang dirakamkan itu dimuatkan ke dalam laman myspace dan telah menarik minat anak-anak muda belasan tahun terutama bagi scene Temerloh/Mentakab.
Kugiran yang merasakan Punk Rock Muzik ini sangat obsesi mahu menjadikan NOFX, Propagandhi , Lagwagon,Wizo, Bad Religion, useless ID dan semua band punk rock. Bersandarkan pada muzik ala kadar dan vokal yang mirip bunyi berus dawai , soul savior akan terus berusaha untuk memantapkan bunyi muzik  melayan muzik punk rock.

Pada tahun 2009 Soul savior muncul kali pertama dalam kompilasi Senandung Pawer Kord dengan mencipta cover lagu Khabar Buat Ibu yang asalnya didendangkan oleh Alleycats (Sebuah kumpulan Soul di Malaysia) dan di penghujung tahun 2010, soul savior muncul dengan EP mereka yg pertama berjudul PUNK MY RIDE berbekalkan 8 buah lagu . 

Dikatakan jualan EP mereka melebihi 1000 unit. sedangkan sasaran awal cuma laku 400 unit sahaja iaitu dibeli sekitar Temerloh dan diupacara gigs seluruh Malaysia.


LINE-UP ASAL SOUL SAVIOR 1. SALMAN 2.IQA 3.EDI 4.ADI
     GIVE AND TAKE adalah merupakan album kompilasi SOUL SAVIOR yang ke-2. Kompilasi ini menggabungkan beberapa buah band Hardcore Punk dari Malaysia. Lagu yang akan dibawa oleh Soul Savior ialah SIFAR RASISMA liriknya ditulis oleh Adi Salman.

http://www.facebook.com/soulsavior

HARI TANPA BEG PLASTIK


Kesan penggunaan Bahan Plastik terhadap kesihatan 

Kecenderungan penduduk negara ini menggunakan botol air mineral plastik secara berulang kali untuk menjimatkan kos, sebenarnya boleh mengundang maut. Ini kerana kajian menunjukkan penggunaan botol dan pembungkus plastik polyvinyl chloride (PVC) berulang kali akan mendedahkan penggunanya terhadap unsur kimia seperti ‘vinyl cloride monomer’ (VCM) dan ‘phthalates’. VCM dikenalpasti mengandungi karsinogen yang boleh menyebabkan barah.
Selain VCM dan phthalates, bekas plastik mengandungi bahan logam berbahaya seperti kadmium yang digunakan sebagai ‘plastisizer’ iaitu untuk meningkatkan kualiti plastik supaya warnanya cerah dan tidak kekuningan biarpun lama digunakan. Penggunaan secara berulang boleh menyebabkan kadmium di dalamnya terhakis dan mencemarkan makanan atau minuman. Pembungkus makanan daripada bahan PVC sepatutnya tidak boleh mengandungi lebih daripada satu miligram per kilogram (mg/kg) VCM. Makanan yang dibungkus dengan PVC dan dicemari VCM melebihi 0.05mg/kg tidak sesuai dimakan kerana boleh mendatangkan kesan mudarat pada kesihatan.

Botol minuman diperbuat daripada polyethylene terephthalate (PET) selamat digunakan dalam keadaan biasa, namun memanaskannya boleh mengeluarkan ‘phthalates’. Phthalates disyaki boleh meniru hormon manusia, tetapi ia tidak menyebabkan barah, namun ia boleh mengganggu fungsi hormon manusia. Jika peraturan ini tidak dipatuhi, ia boleh mendatangkan kesan negatif kepada pengguna. Peraturan mengenai pembungkus dan bekas makanan daripada PVC terkandung di dalam Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985.
Namun tidak ramai menyedarinya kerana kesedaran terhadap penggunaan barangan plastik untuk pembungkusan atau menyimpan makanan atau air masih rendah. Penggunaan botol plastik mengundang bahaya lain seperti jangkitan kuman kerana bakteria boleh membiak berikutan bahan itu sukar dicuci bersih dan melekat daki. Jika ragu-ragu mengenai jenis plastik yang boleh digunakan secara berulang untuk menyimpan makanan, sila rujuk kepada Bahagian Kawalan Mutu Kementerian Kesihatan.

Bahaya penggunaan botol plastik berulang kali kerana ramai menggunakan botol air mineral sebagai bekas minuman di dalam peti sejuk.Lebih berbahaya, ramai menjadikan botol itu sebagai bekas minuman anak ke sekolah, bekal ke pejabat atau untuk beriadah. Sedangkan botol berkenaan hanya boleh digunakan sekali atau dua atau paling lama seminggu sebelum perlu dibuang. Kurang pengetahuan dan kesedaran menyebabkan banyak lagi amalan rakyat negara ini mendedahkan mereka kepada pelbagai penyakit kronik.

Kertas akhbar dan majalah mengandungi timah hitam melebihi had dibenarkan. Apabila timah hitam ini ada dalam tubuh, ia masuk ke saluran pernafasan dan pencernaan, seterusnya sistem peredaran darah sebelum tersebar ke bahagian lain seperti ginjal, hati, otak, saraf dan tulang. Ini cukup berbahaya dan tidak boleh dijadikan pembungkus makanan.Bahan pembungkus stirofom dan polisterin pula kini cukup popular, tetapi kajian mendapati ia mengandungi bahan unsur karsinogen.
Bahan berasaskan plastik itu boleh digunakan sekali dua saja. Jika dibasuh berulang kali, bahagian dalamnya terhakis dan mengeluarkan bahan kimia yang memudaratkan kesihatan. Bahan kimia dalam bekas plastik mudah terhasil apabila terkena cahaya matahari, misalnya botol mineral bagi mengisi air minuman yang ditinggalkan dalam kereta. Bekas plastik terbabit sepatutnya dikitar semula untuk dijadikan barangan berasaskan plastik lain yang tiada kaitan dengan makanan. Sebaiknya, untuk menyimpan makanan atau minuman, gunakan bahan dibuat khusus untuk digunakan berulang kali, misalnya termos atau jenis plastik tahan panas dan khusus untuk menyimpan makanan. Kepanasan makanan atau minuman yang disimpan dalam bekas plastik tertentu juga boleh menghasilkan bahan kimia yang memudaratkan kesihatan, misalnya amalan minum teh tarik bungkus.

Teh tarik seeloknya diminum menggunakan cawan kerana wap yang keluar daripada plastik pembungkus yang bercampur dengan teh boleh menyebabkan tindak balas kimia. Kari panas dibungkus menggunakan bahan plastik juga amalan tidak baik dan kesannya sama seperti teh tarik bungkus. Semua barangan plastik diterima oleh pusat kitar semula. Kesedaran terhadap bahaya penggunaan bekas plastik secara berulang akan mengalihkan perhatian pengguna untuk mengitar semula barangan terbabit dalam menjaga alam sekitar.

Rujukan/sumber: Harian Metro 22 Januari 2006

Nampaknya penggunaan bahan-bahan tertentu kadang-kadang boleh membawa risiko terhadap kesihatan kita.