Sejarah Fanzine Malaysia

Ketika awal kelahiran Funzine ia bersifat sosialis ia lebih kepada topik-topik yang bertemakan ilmiah. Zine yang berbentuk sains fiksyen yang bernama ‘The Comet’ yang diterbitkan oleh ‘The Science Correspondent’ di Chicago adalah yang pertama. Diakhir 30’an golongan pemikir zine ilmiah mula mengkaji tentang illustrasi. Pada pertengahan 1960’an banyak penggemar sains fiksyen dan komik mempunyai minat yang sama pada muzik underground dan kemudian zine mengalami revolusi dan tercipta zine muzik rock. (Crewdaddy zine – 1964). Seterusnya zine Punk muncul sebagai sebahagian daripada gerakan punk di akhir 1970’an. Zine punk bermula di Uk dan Amerika Syarikat dan sejak itu mula merebak ke Negara lain seperti Sweden, Perancis dan Malaysia.

Kemunculan zine Punk membentuk idealogi perkembangan zine di mana reka letak zine mendapat wajah baru yang penuh dengan unsur seni dan gambar. Zine punk pertama ialah The Cure yang diterbitkan di London pada Julai 1975 oleh Robert Smiths. Robert Smith mengambil nama zine itu sempena nama band punknya The Cure. Para pengikut Punk menggelarkan The Cure Zine sebagai Kitab Punk. Lalu tahun berikutnya di LA, mulalah muncul penuh dengan zine-zine seperti Punk Planet, Profane Existance, Heart Attack dan banyak lagi.

Zine pertama di Malaysia dipercayai bermula di Terengganu iaitu zine Punk yang bernama Huru-Hara yang dikeluarkan pada tahun 1986 yang ditulis oleh Mamat Hitam. Beliau tidak menyebarkan zine tersebut kepada umum dan hanya berkongsi dengan kelompok rakan-rakan sahaja. Tahun berikutnya pada 1987 muncul lagi sebuah zine yang diberi nama Aedes yang ditaip oleh Joe Kids iaitu salah seorang penulis terawal bagi zine muzik Underground di Malaysia, Dalam zine Aedes beliau menampilkan cerita mengenai scene Punk, Hardcore dan Metal tempatan serta luar Negara. Zine Aedes berakhir pada issue 8 pada tahun 1996. Selain zine Aedes muncul pula lain-lain zine yang terawal selepas itu.

Pada sekitar lewat tahun 1990’an sehingga tahun 2001, selain daripada T-shirt yang bercetak dan kaset band-band kita akan dapat lihat merchandise wajib ketika acara gig-gig adalah sesebuah buku fotostat yang bersaiz A5 di meja booth-booth yang menjalankan perniagaan. Golongan pemuzik yang berkecimpung di dalam aliran memerlukan risalah penyebaran bagi pergerakan muzik mereka. Penubuhan band-band underground yang bagaikan cendawan tumbuh membiak merasakan pembuatan zine dalam scene tempatan diperlukan. Zines muzik adalah fundemantel bagi sesebuah band Uuderground masa kini.