Konspirasi Bingit Gig Report

Konspirasi Bingit telah terlaksana pada 5.2.2011 di Arjuna Studio, Temerloh Industrial Park. Band-band yang masih terhoyong-hayang ada yang ok dan ada yang tidak ok - Ini dia featuring 9 bands :

MyHeadCorrupt – KL hardcore
The Mindless Show – Shah Alam punkrock
G.G.K – Hulu Langat skapunk
Toxictoy – Jerantut punkrock
The Pips – KL female fronted folk/punk
Khayall – KL stoner/metal
SMG – Shah Alam grindcore champion

Soul Savior – hall of fame punkrocker from Semantan
Rotgut – Temerloh own grindcore unit

Ini adalah merupakan gig yang keempat sejak acara gig yang pernah diadakan di Arjuna Studio Mentakab. Ia telah dihadiri dengan anak-anak muda yang kegilaan muzik Punk di sekitar Temerloh dan Mentakab. Walaupun gig ini dihadiri hanya segelintir mat-mat Punk tapi ia sudah cukup happening.

My Head Corrupt dengan genre hardcore punk yang membuai keheningan pada sessi sebelah awal petang. Diikuti dengan The Mindless Show yang tidak berapa pasti apakah band ini main muzik Punk rock ataupun Heavy rock.

Tidak lama kemudian band dari KL, The Pips fronted folk punk membuat persembahan. Masa inilah kaki rasa hendak sama-sama moshing. Kemudian diteruskan dengan bands antaranya Toxictoys dan SMG. Organizer gig adalah orang yang paling sporting ketika itu kerana menjalankan tugas dengan baik tetapi lemahnya ada sedikit kekeliruan semasa mengumumkan band-band yang akan perform, dah jadi keliru pulak. Masing-masing buat tidak tahu je..

Tengah-tengah band Khayall dari KL pula diteruskan performing dan kemudian Rotgut mendendam beberapa buah lagu Grind Hardcore dan beberapa gambar gitar Rotgut yang penuh dengan sticker juga diambil. Lastly punkrockers bands dari Temerloh Soul Savior membelasah 4  lagu iaitu Menyusur Awan, Hidup Berantakan, You dan Outrosmental. Ini  acara gig buat pencinta yang julung-julung kalinya. 

Waallahualam , apa yang baik itu dari Tuhan dan yang tidak baik itu dari kesalahan sendiri dan kalau tidak puas hati haraplah korang komen !


Soul Savior - Menyusur Awan