Buku Punk Rock : Disebalik Fesyen Muzik Bising


Aku baru sahaja dapat Buku Punk ini dari saudara Nizang Mosh Zine. Aku tidak habis lagi baca pasal buku ini terlalu panjang isinya sehingga 100 lebih muka surat dan tebal bersaiz CD. Dalamnya dimuatkan kisah-kisah tentang kehidupan dan budaya Punk di Malaysia melalui fesyen budaya, pemikiran , ideologi , sikap , keprihatinan tentang budaya yang sudah lapuk dan mencintai alunan muzik yang di terjemahkan dalam lirik.

Mempercayai dengan fesyen pakaian dapat menukar imej yang lemah kepada yang lebih eggresif dan menonjol disekitar masyarakat yang sering memerhati mat-mat punk. Meminta masyarakat untuk menilai bahawa kehidupan seorang Punk adalah jujur.

Ideologi sebagai Punk Islam yang ditiru dari barat dan diolah menjadi budaya Punk anak-anak muda yang tidak keterlaluan dan sedar menilai akan had dan batasan usia. Sekiranya dibaca lebih lama buku ini mungkin satu hari nanti takut-takut nanti Aku pun akan terpengaruh hendak jadi seorang Punkster.

Ringkas sahaja ulasan aku tentang buku ini , esok hari aku ulas sikit lagi ..... END

STRAIGHT ANSWER indonesian old skoll (HC)

 Straight Answer adalah sebuah band Punk Hardcore dari Jakarta Indonesia dan pernah membuat jelajahan ke Malaysia sebanyak 3 kali dan lokasi yang terakhir adalah di Arjuna Hall Indusrti Park Mentakab. Ia kembali bersatu sejak tahun 1996 dan sehinggalah sekarang. Satu-satunya band yang masih bersemangat kental dan beridealisma Punk HC. Semangat yang tidak luntur dan maju kehadapan dan mara kehadapan. Tidak pernah dan tidak akan pudar.

Mereka cintakan muzik Hardcore dan bercita-cita untuk bermain di tempat atau stadium yang lebih besar lagi. Itulah impian mereka. Mereka percaya dengan muzik hardcore mereka akan mendapat kepercayaan untuk bermain di Clubs, Gudang dan dimana-mana sahaja. Mereka ingin dengar suara kita dengan nafas yang baru. Mereka tidak takutkan kalian. Jiwa dan semangat yang berkobar-kobar yang mengalir dalam jiwa mereka yang menggelar mereka The Straight Hardcore Punk. Kicking Your Ass . Anti-fascist dan Anti-Racist . Benci Prejudis.

DISCOGRAPHY:
 
1997:'WALK TOGETHER ROCK TOGETHER' compilation.released by LOCOS RECS.sold out
1998:demo tape 4 songs "BANGKIT MELAWAN ATAU TUNDUK DITINDAS"(ARISE AND RESIST OR SURRENDER AND BE OPPRESSED).self released.sold out
1999:'STRAIGHT ANSWER IS YOUR FRIEND' a full length album released by MOVEMENT RECS.sold out
2000:'BANGKIT MELAWAN ATAU TUNDUK DITINDAS' re-released by PEEPERS RECS.sold out.
2002:'WE'RE NOT SURRENDER YET' a mini album contains 7 songs.released by MOVEMENT RECS.sold out
2003:'IN THE NAME OF PUNK' compilation.released by PEEPERS RECS.sold out.
2007:'STRAIGHT ANSWER DISCOGRAPHY' released by CACTUS RECS and NERVHOUS RECS malaysia.still available
2008:'WHATEVER IT TAKES' released by MOVEMENT RECS(INDONESIA),FIRSTNOTE RECORDS (INDONESIA) and HATI RECS(MALAYSIA)



REVIEW ALWAYS LAST - antidotes


ALWAYS LAST menyebut “antidotes” ini sebagai album (demo) yang diketahui sebagai sebuah siri koleksi lagu-lagu pilihan untuk sesuatu tema atau spesifik untuk seseorang supaya mereka dapat lebih mengenali anda. Itu yang dapat digambarkan tentang kumpulan Always Last.

Berasal dari Shah Alam Selangor ditubuhkan sekitar tahun 2008 dan masih aktif. Ahli kugiran ialah Shah (right vocal), Bullat (Guitar/ left vocal), Tobek (Bass) dan Min (Drum). Ia menampilkan lagu-lagu Always Last sendiri berentak Skatepunk berunsurkan DIY mereka gunakan lagu dari artis Nervhous Records hingga menerbitkan karya mereka sendiri. Biasanya mereka akan mengperkenalkan nama mereka melalui sebuah album.

Antara lagu yang menjadi kegemaran seperti Antidotes, Jom Layan Punk, D.I.Us dan lagu ke-4 dari album Antidotes. Merasakan album mereka hasilkan tidak sampai kepada ramai penggemar maka mereka beranggapan silap. Setelah saya dengar membeli Album ini dari Nizam Mosh ia seakan-akan irama Punk Harmony yang akan didengari berualang kali. Lagu-lagu yang mereka tampilkan kedengaran relaks dan mudah diterima.

Pada saya ialah sesuatu yang menarik dalam album ini malah secara keseluruhan Antidotes merupakan himpunan lagu-lagu yang elektro, remix dengan sentuhan laters Punk Rock yang dicadangkan bagi mengperkayakan koleksi mereka dalam genre irama Punk.      RAWSKINS.  


 Bullat , shah , tobek dan min
 

Always Last - Jom Layan Punk