Soul Savior From Temerloh Rock City



Soul Savior ditubuhkan sekitar tahun 2004 hingga 2005 dengan ahli seramai 4 orang pada masa itu. Walaubagaimanapun mereka tidak membuat sebarang proses rakaman sehinggalah pada sekitar tahun 2006 dimana mereka telah merakamkan 4 buah lagu di sebuah studio jamming amatur dengan kualiti rakaman yang langsung tak membanggakan.
4 buah lagu yang dirakamkan itu dimuatkan ke dalam laman myspace dan telah menarik minat anak-anak muda belasan tahun terutama bagi scene Temerloh/Mentakab.
Kugiran yang merasakan Punk Rock Muzik ini sangat obsesi mahu menjadikan NOFX, Propagandhi , Lagwagon,Wizo, Bad Religion, useless ID dan semua band punk rock. Bersandarkan pada muzik ala kadar dan vokal yang mirip bunyi berus dawai , soul savior akan terus berusaha untuk memantapkan bunyi muzik  melayan muzik punk rock.

Pada tahun 2009 Soul savior muncul kali pertama dalam kompilasi Senandung Pawer Kord dengan mencipta cover lagu Khabar Buat Ibu yang asalnya didendangkan oleh Alleycats (Sebuah kumpulan Soul di Malaysia) dan di penghujung tahun 2010, soul savior muncul dengan EP mereka yg pertama berjudul PUNK MY RIDE berbekalkan 8 buah lagu . 

Dikatakan jualan EP mereka melebihi 1000 unit. sedangkan sasaran awal cuma laku 400 unit sahaja iaitu dibeli sekitar Temerloh dan diupacara gigs seluruh Malaysia.


LINE-UP ASAL SOUL SAVIOR 1. SALMAN 2.IQA 3.EDI 4.ADI
     GIVE AND TAKE adalah merupakan album kompilasi SOUL SAVIOR yang ke-2. Kompilasi ini menggabungkan beberapa buah band Hardcore Punk dari Malaysia. Lagu yang akan dibawa oleh Soul Savior ialah SIFAR RASISMA liriknya ditulis oleh Adi Salman.

http://www.facebook.com/soulsavior