SLUMBER ZINE - Carburator Dung Interview

Carburator Dung sebuah band yang ramai pengikut-pengikut 
muzik Underground / Punk di Malaysia

Nazri :  Assalamualaikum, macam mana sekarang Carburator Dung. Adakah kalian semua sihat-sihat belaka dan perkenalkan line-up korang yang sekarang.

CD : Semua Ok boss – Line-up band kami semenjak Januari 2008 ! Tom-gitar , Joe Kidd – Gitar , Fendi – Bass , Bullet – Dram dan Alak – Vokal

Nazri  :  Ok. Bolen ceritakan sedikit tentang pertubuhan Carburator Dung ?

CD : Secara ringkasnya , Joe join band Fendi yang pada kala itu bernama Stormfish dalam tahun 1991 dan band itu ditukar nama kepada Carburator Dung . Seterusnya panjang ceritalah pulak ! Sila check dekat sini untuk sejarah Detail : http://CarburatorDung.kerbau.com/brief-biography/


Nazri : Macam mana dengan tour yang tahun lepas adakah amat berpuas hati atau tak?

CD : Puas hati , good shows , very nice people dan juga tengok banyak band-band best.

Nazri : Pernah tidak korang ada kenangan yang manis tidak dapat kalian lupakan?

CD : Banyak boss

Nazri : Pandangan Carburator Dung tentang isu politik zaman sekarang?

CD : Secara keseluruhannya cukup memboringkan tetapi disebabkan perkembangan politik negara sememangnya akan membawa kesan besar kepada setiap rakyat negara ini, kita perlu pantau , ambil tahu, menilai dan bersuara apabila perlu.

Nazri : Setakat ini sudah berapa lagukah Carburator Dung sudah ada sekali dengan lagu lama-lama yang dahulu?

CD : Alamak , malas hendak bilang boss banyak.

Nazri : Namakan band Kelantan yang korang suka dan band Terengganu?

CD : Lama tidak ikut perkembangan dekat sana. Tapi kala hendak ikut memori , Kelantan dulu ada Slap Death , antara pioneer dead metal yang juga kawan-kawan baik kami. Kalau di Terengganu beberapa tahun lepas ada dua buah band yang kami suka , Dirty Divider dan Goodnite Goodies.

Nazri : Kala diberi peluang band manakah korang mahu perform bersama dengan mereka?

CD : Sudah dapat dah , Buzzcocks itu hari.

Nazri : Apakah mesej di lagu kalian yang kalian hendak mesejkan kepada masyarakat? Boleh jelaskan?

CD : Kami ada banyak lagu dan setiap lagu ada mesej tersendiri jadi susah hendak komen. Mungkin pada keseluruhannya kita boleh umumkan sebagai perkongsian idea-idea yang kami ada dengan kawan-kawan antaranya kepekaan terhadap apa yang berlaku disekeliling diri kita dan bangun melawan sekiranya ada yang meinjak hak-hak kita sebagai individu bebas.

Nazri : Nama Carburator Dung dulu iaitu nama Stormfish so kenapa kalian tukar nama itu?

CD : Seperti disebutkan tadi pertukaran nama itu terjadi apabila Joe masuk. Setahun sebelum itu Joe pernah menubuhkan sebuah band bernama Carburator Dung bersama beberapa kawan baik dia tetapi Dung versi awalan itu tidak menjadi selepas dua tiga kali Jamming terus bubar. Jadi apabila dijemput masuk bersama Stormfish nama Carburator Dung itu hidup kembali.

Nazri : Kenapa dulu line-up Carburator Dung selalu bertukar-tukar?

CD : Tidak banyak band yang boleh kekal line-up dia selepas hampir setahun bersama yang penting line-up terbaru kami sekarang adalah line-up yang cukup best untuk kami. Harap-harap yang ini akan kekal.

Nazri : Pernah tidak dahulu korang perform bersama Jelly Belly, Lovely Ungley , Deflowered , Stone Roses , The Shitworkes , The Toyols , OAG , Fadedface , ACAB , Karut dan 18 volencia?

CD : THE SHITWORKERS itu band projek kami sendiri ( Fendi , Joe dan Bullet ) Deflowered itu band Joe dalam awal 90’an. Yang lain itu ada yang pernah kami perform bersama ada yang tidak . Yang mana itu kami sudah lupa boss.

Nazri : Pendapat kalian kes buangan bayi dimasa sekarang?

CD : Bagi kami itu satu perlanggaran keperluan untuk kita bertanggungjawab (responsibility) keatas aksi yang telah kita lakukan. Sebagai seorang ibu dan ayah keduanya perlu bertanggungjawab terhadap bayi yang keduanya hasilkan. Iaitu menyediakan kehidupan yang terbaik termampu untuk anak mereka. Masalahnya apabila individu-individu ini mencari jalan keluar yang ringkas untuk lari dari tanggungjawab mereka. Itu salah . You reap what you Sown – kata omputih.

Nazri : Maklumat lanjut untuk mengetahui Carburator Dung?

Nazri : Kata-kata penutup daripada Carburator Dung?

CD : Baca sebelum kami dibaca.