Buku Punk Rock : Disebalik Fesyen Muzik Bising


Aku baru sahaja dapat Buku Punk ini dari saudara Nizang Mosh Zine. Aku tidak habis lagi baca pasal buku ini terlalu panjang isinya sehingga 100 lebih muka surat dan tebal bersaiz CD. Dalamnya dimuatkan kisah-kisah tentang kehidupan dan budaya Punk di Malaysia melalui fesyen budaya, pemikiran , ideologi , sikap , keprihatinan tentang budaya yang sudah lapuk dan mencintai alunan muzik yang di terjemahkan dalam lirik.

Mempercayai dengan fesyen pakaian dapat menukar imej yang lemah kepada yang lebih eggresif dan menonjol disekitar masyarakat yang sering memerhati mat-mat punk. Meminta masyarakat untuk menilai bahawa kehidupan seorang Punk adalah jujur.

Ideologi sebagai Punk Islam yang ditiru dari barat dan diolah menjadi budaya Punk anak-anak muda yang tidak keterlaluan dan sedar menilai akan had dan batasan usia. Sekiranya dibaca lebih lama buku ini mungkin satu hari nanti takut-takut nanti Aku pun akan terpengaruh hendak jadi seorang Punkster.

Ringkas sahaja ulasan aku tentang buku ini , esok hari aku ulas sikit lagi ..... END