Lovegrass Flyers

Tulisan tangan merupakan medium yang digunakan zine-zine awal di Malaysia dalam menengengahkan karya-karya mereka iaitu dimulakan oleh Thrash Attack/Vortex From The East, Aedes zine, Mintalkulburuj dan beberapa zine lagi iaitu sekitar awal 80’ an dan tahun 90' an. Isu-isu awal fanzine ini memaparkan kumpulan Trash Metal atau Punk/Hardcore yang masih belum merakam demo seperti Blackfire, Nemesis, Picagari, Punisher, Pligrims, Malaria, Silent Death dan sebagainya.

Fanzine-fanzine inilah yang mencetuskan fenomena dalam arena underground tempatan sekali gus memberi inspirasi kepada ramai pengikut underground untuk memulakan fanzine sendiri pada era 90’. Antaranya seperti Zulmat, Mati Katak, Bor’zine Noize Master dan Immortal yang diterbitkan dalam saiz kecil A5. Kebanyakkannya bertulis tangan, mengutarakan soalan yang stereotaip, kulit depan dilukis sendiri dan semuanya difotostat termasuk flyer.

Pembuatan zine berkembang seterusnya dengan kemunculan Krenmaut, Karakatuar, Satan’s Lunatik, Drop Dead, Yasarkah, Mintakulburuj dan lain-lain. Pada waktu tersebut juga terdapat band black metal seperti Aradia, Nebiras, Bazzah, Hayagriva, Misanthrope, Mistik, Nakaratul Khaum dan macam-macam lagi. Selepas itu wujud bermacam-macam lagi band beraliran metal seperti Narsamum, Infernal Void, Silo, Kerrasuk dan pelbagai lagi band dengan konsep metal yang pelbagai. Kebanyakan daripada band tersebut juga sudah mula merakam album di bawah label-label independent yang wujud untuk menyokong scene underground seperti Dark Journey Records, Ultra Hingax Productions dan Sonic Asylum Records.

Jadi itulah serba sedikit yang aku dapat ceritakan mengenai Sejarah Awal Undergound di Malaysia ini kerana kalau hendak cerita banyak pun tidak berguna sebab awak orang yang sudah pakar mesti tidak percaya cakap aku kan ? Apa-apa pun sampai disini aku meraban!! Salam Universal ! Aku ini jenis manusia yang suka semua jenis irama pop sebab itu cakap salam universal. Maaf banyak kalau memeningkan kepala korang!! Tq kerana sudi baca karya-karya walaupun telah beberapa kali Auditing.