Asal Usul Lovegrass

Tahun 80"an kami dan rakan-rakan get together (always (SxA) in scene), cari lagu dan skill-skill plucking, tuning, scraming dan touch-up sendiri-sendiri. Kami Jamming di Jazz Studio, Arjuna Studio, Labu studio(Pitbull African) dan Man Studio(depan kedai jam Bersatu) Lurah Semantan Temerloh masa itu. Antara lagu yang kami bawa seperti Pilgrims, OAG, Subculture ,Carburator Dungs dan Butterfigers.



Pada sekitar tahun 1995 begitu banyak band telah ditubuhkan. Ini satu fenomena telah berlaku dan menyebabkan line-up band menjadi editor zine. Beberapa zine yang ada ketika itu seperti Aedes zine, Krenmaut, Mintakulburuj, VFTE dan beberapa zine lagi. Zine ketika itu berupa tulisan tangan dan kebanyakannya menggunakan typewriter.

Berkarya melalui media seperti funzine seperti pendedahan dan dorongan usahasama rakan-rakan, kami membuat zine yang pertama Namer: (searching for namer) Lovegrass zine dan MR sebagai editor. Beberapa interview band dan perkembangan local muzik secara keseluruhannya telah dimuatkan kedalam keluaran isu #1, #3 dan #5. Isu #2 dan #4 menyentuh serba sedikit tentang isu-isu semasa, politik dan sentuhan beberapa editor zine dari KL, Sarawak, Selangor dan Kelantan. Makna Lovegrass ialah bunga Kemuncup kerana kemuncup ini sifatnya suka mengikut kemana sahaja kalau ia lekat pada kaki seluar seperti sesetengah manusia yang suka menjejaki perilaku orang lain.


Begitulah kisahnya Lovegrass zine setelah berdekad tahun untuk disiapkan dan hinggalah kini Lovegrass zine telah keluar isu #6. Isu terakhir ialah "Don't forget who you are"(#7) masih ada tetapi tidak diedarkan meluaskan kerana kini meneruskan isu Lovegrass dalam blogspot. Beberapa naskah masih ada lagi dan kalau rodong-rodong hendak kongsi ia masih ada terkini. Kami (distro) ada juga menyimpan beberapa zine-zine lama seperti Slumber zine, Shutdown , Absterneid Agogo, MOSH zine, JSL(#4), Turbulant Sucklulent, DRSA dan boleh potostat untuk rodong-rodong baca .

Untuk hubungi : (layari website)

1. Pissart Record
2. Nervourh Records
3. Komunitas sengat Patin(Kedai buku)
4. Green Peace Distro
5. TTSU workshop (Alibaba Studio)
6. Sarajevo Amira JSL (Johnly Lobo)