Ini Lah Masa Nya

Apa yang berlaku terhadap protes dan kontra adalah seperti menyalahkan kedatangan keluar dan masuk stigma aliran dan mainstream tunjang paksi. Bah-kan juga telah berlaku di serata dunia selepas dunia perang. 

Gerakan revolusi muzik(sosialis) dipercayai bermula sejak 1948 setelah sistem telekomunikasi mula berpesat dan penciptaan alatan serta bunyian. Secara asasnya alatan muzik terdiri dari gendang, alatan bertali dan iringan suara. Islam mempercayai bahawa hiburan muzik berasal dari kayangan yang dimainkan oleh penghuninya. Walaubagaimanapun bukan hanya Islam mempercayainya bah-kan agama Kristan dan Yahuza juga terdapat dalam Hadis dan al-Quran. Ulama Islam yang menyatakan permainan itu tetap melalaikan.

Perbezaan bahasa, agama, genre, mainstream, kefahaman, warna kulit, umur, jantina, idealogi dan sebagai. Semua ini tidak ada dirungkai melainkan akan tetap ada perbezaan. Bukan aku cakap untuk menyatukan atau unity society tapi pandailah jaga diri jangan sampai terjerumus ke lembah durjana.
Berbalik kepada prinsip dan etika? Tulis zine ni kerana minat pada prinsipnya kita hendaklah minat tidak keterlaluan dan beridentiti maksudnya bukan kehendak biasa saja.  Apa sahaja yang berkaitan tidak salah agama sekiranya ia terdapat peraturan dan guideline. Aku minat Punkrock kerana aku bajet gajet Black Metal pulok tu geng Black Metal ini muka macam tepung gandum style.

Bahan muzik dan zine merupakan satu bahan komunikasi antara pengikut underground walaupun ianya satu benda yang dianggap sangat perlukan. Dengan kebolehan dan bakat itu tidak disia-siakan. Mengapa kita bukan seorang pemuzik atau seorang penulis? Kalau seorang pemuzik lagu macam apa? dan kalau seorang penulis buku apa? Sebenarnya diri ini ingin menjadi orang yang menulis bukan kerna nama. Cukuplah sekadar seorang pembuat karya syok sendiri dan untuk menjadi itu berkaryalah tanpa paksaan. “ All is changed , Changed Utterly”.

“UPPERGRAVE IS TIME TO STAND UP” “HEY! ALL HIJACKERS WORKING CLASS DON’T WASTED TIME . INJAK SAMPAI MATI”