Satu nasihat berhenti merokok





Cemi PRC nasihat rawskins berhenti merokok

Temerloh 28.6.2012 – Suhaimi atau Cemi PRC menasihati Mahathir Rawskins supaya membuang tabiat merokok demi kebaikan kesihatan dan kariernya.
Bos Arjuna Studio itu mengakui Rawskins menghisap 'lima atau lapan' batang rokok setiap hari dan menambah, dia pasti 'mengajar' editor kontroversi itu jika dia adalah adik kandungnya.

"Ya, ya saya tahu perkara ini," kata Cemi apabila diajukan soalan berhubung tabiat merokok Rawskins.
"Saya tahu dia merokok. Itu (tabiat) tidak okey tetapi saya bukan adik saya.
"Jika dia adik saya, sudah tentu saya akan mengajarnya, tapi hakikatnya dia bukan.
"Saya hanya boleh memberitahunya adalah lebih baik jika dia tidak merokok.
"Saya anti rokok, selama ini. Inilah sebabnya saya tidak merokok.
"Namun saya tidak fikir dia tidak kuat merokok, mungkin hanya lima atau enam batang sehari. Tetapi saya ada menasihatinya (supaya berhenti)."
Wajah Cemi yang tersenyum ketika membincangkan perkara ini jelas menunjukkan dia tidak merasakan tabiat itu akan membawa kesan buruk kepada mutu persembahannya di pentas.
Tabiat merokok di kalangan ahli kumpulan muzik bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Ada didapati mereka juga minum semasa acara gigs berlangsung.
Adi salvatrucha dan Decom Poser juga adalah antara bintang-bintang yang pernah dirakam gambar mereka sedang merokok. – AADK

Sumber : Patin Rock City