BUDAYA MEMBACA

Budaya membaca bermaksud amalan membaca pelbagai jenis bahan bacaan seperti buku, sama ada buku ilmiah,buku pengetahuan umum, majalah hiburan, komik, magazine, suratkhabar dan sebagainya. Apa-apa pun bahan yang dibaca,yang penting boleh mendatangkan manfaat, sama ada dari segi pengetahuan, hiburan, meningkatkan penguasaan bahasa dan sumber maklumat.

Cara-cara untuk menyuburkan budaya membaca dalam kalangan remaja adalah dengan menggalakan budaya membaca di rumah dengan menyediakan persekitaran yang boleh merangsang minat untuk membaca. 

Contohnya, kita bolehlah menyediakan perpustakaan mini di rumah atau sudut bacaan dan almari buku. Bahan-bahan bacaan yang disediakan hendaklah bahan yang boleh mendatangkan manfaat kepada kita dalam mengembangkan minda. Selain itu, kita hendaklah sentiasa mendekatkan diri kita dengan persekitaran yang boleh menyuburkan budaya membaca. Hal ini boleh menimbulkan minat untuk terus mengamalkan budaya membaca. 

Kita juga sepatutnya menjadikan buku sebagai hadiah hari lahir atau hadiah sempena kejayaan kita. Amalan seperti ini akan menyebabkan kita hidup dalam “dunia buku”.Tak kenal,maka tak cinta,amalan berdampingan dengan buku akan mendorong kita untuk sentiasa mengamalkan budaya membaca. Hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih.Jika korang semua mempunyai kesedaran terhadap pentingnya amalan membaca,tidak mustahil bangsa Malaysia akan menjadi bangsa yang terkenal rajin dan suka membaca. Oleh itu,menjadi tugas semua warga Malaysia untuk memartabatkan budaya membaca sebagai amalan hidup kita setiap hari.