Interview Soul Savior - Adi Salvatrucha

Soul Savior : Interview dari zine Lovegrass

by Ädi Sälvätruchä on Thursday, February 16, 2012 
 
 


 
Soalan 1: Sila lah perkenalkan diri kamu serba sedikit serta bermulanya sejarah penubuhan ini band.

i) -nama line-up
  • Seperti proses dari awal kewujudannya, soul Savior masih tetap terdiri dari-Salman(vokal/gitar),-edi kopi (vokal/bass),-iqa (drum) -adi (vokal/gitar). 

ii) dah berapa lama ?
  • mustahil kami dapat mengingat tarikh penubuhan dengan tepat, semuanya dah menjadi sebahagian kisah mitos.tapi kalau berdasarkan rakaman lagu yang diuploadkan di myspace atas nama soul savior bermula tahun 2007, tapi kalau menyangkut hal jamming dan menggubah lagu bersama, memang kami telah bermula berberapa tahun lebih awal daripada itu.

iii) apa makna soul savior ?
  • Setahu aku, sewaktu kami mengambil nama soul savior ia tak membawa apa-apa maksud. Kami cuma terdesak mahukan satu nama band dan nama soul savior datang berdasarkan sebuah filem Hong Kong berjudul Saviour of the soul ( lakonan andy lau dan aaron kwok). Semua anggota band lainnya senang menerima nama tu kerana diransang oleh judul lagu NO USE FOR A NAME yang berjudul 'not your savior' yang juga lagu yang sering kami jamming.Dan hanya sesudah itu , baru kami sedar soul savior adalah nama lain bagi jesus. Habis tu takkan nak tukar nama..jalan je terus...!!(SALMAN ) sampai skang aku tak pernah suka nama tu. tak catchy. tapi lantak lah. takde nak tukar nama dah. hahaha!


soalan 2 : Cerita sikit pasal band Soul Savior ?
  • haaaah..? paradoks jenis apa ni, kan tadi kat atas tu dah cerita panjang lebar dah . takkan nak cerita sikit balik semula.


IV ) Band apa yang menjadi influent Soul Savior ?
  • NOFX, propaghandi, wizo, bad religion, lagwagon, no use for a name, hi-standard, superman is dead, useless id banyak lagi

V) adakah terpengaruh dengan band-band skinhead/ oi ?
  •  soul savior tak ada pengaruh oi! skinhead, walaupun 2 orang daripada band ni pernah jadi skinhead masa sekolah2 dulu, zaman tengah mencari identiti. Walaupun aku bukan skinhead, tapi aku memang kawan baik dengan budak skinhead temerloh zaman dulu-dulu. Zaman ACAB tengah naik. Kadang-kadang time kami jamming diorang suka mintak lagu NOFX tajuk BOB sebab ada part jerit oi! oi! oi!kadang-kadang diorang tak cukup line-up, aku join je diorang jamming . main gitar layan lagu sham69,the business, the oppressed.No big deal la..zaman dulu-dulu memang fun. Unite !

VI ) lepak kat maner ?
  • Kami jarang sangat melepak sama. Sibuk urusan kerja, lagipun sorang kerja KL, sorang kerja kat tg malim. Kalau melepak pun, kat mana-mana kedai makan je . Takde tempat spesifik pun.

VII ) lagu-lagu cover SS yang biasa dimainkan ?
  • NOFX, superman is dead, propagandhi, hi-standard, lagwagon, wizo dan no use for a name, etc ... 



VIII) gig yang mana paling happening ?
  • gig paling hapening sekali pada aku ialah patinpalooza. Sebab kat temerloh, berjaya jumpa balik kawan2 lama.(SALMAN) gig struck a nerve di ipoh pun antara paling happening biarpun tak ramai sangat orang. tapi fun gila babi.

soalan 3 : Bukan nak kata la , kalau di malaysia ni maner satu band yang paling aok suka ?- tak kira la underground ke tak underground ke boleh belaka ?
  • ADI- susah nak kata. banyak sangat. alleycats, ukays, carefree, search, kru ... tapi kalau suruh pilih satu secara rambang, aku pilih ella 
  • SALMAN - kalau aku dah kompom KRU dan ukays. (satu la woi- adi)

soalan 4 : Minat tak menoton TV. Cerita apa yang oak paling enjoy ?
  • (ADI)- Ahli Soul Savior lain aku tak tahulah, tapi aku memang TAK SUKA tengok TV. Kecuali jika aku tercampak ke dalam ruang tepu ( kedai makan/pejabat/rumah orang,etc )yang di dalamnya cuma ada perabot2 dan set TV, maka aku terpaksa memilih untuk menonton tv kerana menonton perabot adalah benar2 kerja gila.Menyangkut soal seleksi movie pun aku agak memilih , aku tak menonton produk tempatan sama seperti aku tak menonton produk hollywood kerana semuanya sudah stagnant pada paras tipikal. Secara estetikanya, aku lebih menjurus kepada foreign movies yang membawa topik2 kehidupan yang lebih luas dan menyeluruh. Sama ada filem-filem amerika latin, serbia, perancis, poland, jerman dan sebagainya.


X ) Transformers minat tak , tak lama lagi TV3 akan ditayang kan boleh la pergi tengok ?
  • (ADI) Aku tak minat transformers.. filem komersial jenis yang tak memberi kepuasan estetika. Miskin nilai seni.
  • (SALMAN)-aku suka transformers. enuff said.


soalan 5 : Banyak ngat soalan dak ? hentam je la....
  • (ADI) Tak banyak sangat pun.. Kitorang tak kisah soalan banyak ke sikit ke.
  • (SALMAN) bagi 8 soalan lagi pliss. hehehe!

soalan 6 : Ape pendapat salman pasal band Black Metal nie ?- lagu tah bende-bende tapi muzik bergegar satu dunia ?
  • Sejenis soalan yang canggih sebab dah lengkap beserta dengan jawapan sekali..lol. semua anggota soul savior memang pengkagum segala jenis muzik termasuk metal (sama ada glam metal mahupun black metal), terutama pada komposisi muzik dan teknikal mereka. kami masih melihat muzik dalam perspektif yang luas. Tak boleh terkurung dalam kepompong , perlu banyak variasi. Seperti juga metal, muzik lain seperti hardcore, oi!, ska hinggalah kepada muzik2 mainstream dan lagu-lagu tradisional/etnik mampu membawa pencerahan pada kreativiti.

X) siapa yang tulis lirik soul savior ( from the paradise ) ?
  • Kesemua lirik ditulis oleh Adi Salvatrucha.Walaupun dibantu oleh anggota band lainya seperti salman dan edy kopi jika terdapat part-part yang perlukan pengubahsuaian (biasanya untuk disesuaikan pada melodik vokal diorang nyanyi)...tapi idea asal untuk lirik adalah sepenuhnya adi. Jika terdapat lirik yang merosak emosi atau mengganggu kitaran kosmos, maka adi adalah orang yang perlu dipersalahkan.


soalan 7 : Rasenye lagu Soul Savior ader tak macam Bad Religion ?- koi ader banyak lirik tapi lagu taj ader .. boleh la trade ?
  •  Hah ! ini pun soalan canggih juga.. soalan jenis trade tu no komen ...tapi kalau pasal muzik, kami tak pernah mengatakan muzik soul savior seperti band A atau seperti band B, atau band C, D dan E. Hanya pendengar yang berhak membuat penilaian.*  ( untuk informasi, memang bad religion adalah antara band2 idola kami, tapi biasanya kami akan reject lagu-lagu kedengaran terlalu mirip kepada band yang telah sedia ada, meskipun mirip band idola kami sendiri. Ini tentang konsep novelty, tapi kalau masih tetap kedengaran macam band2 tersebut... itu semua adalah sangat tak disengajakan..)

P/s : Rasanye interview koi nie terlalu panjang lebar sampai malas nak baca. Kalu ader apa-apa yang patut ditambah , tambah la .. happy n' joy .




 



 

Gambaran interview dalam zine