Temuramah Butterfingers 2008 oleh Azreen HC - Thecoresystemzine

Butterfingers telah dikenali di Malaysia sejak tahun 2007 dan telah menghasilkan lebih kurang 7 album dan menghasilkan 1 kompilasi "KAMI" bersama beberapa kumpulan dari Malaysia. Album popular Butterfingers ialah KEMBALI merupakan albumnya yang terakhir setelah menukar nama menjadi MONOLUGUE. Ia pernah review dalam ROTTW setelah menghasilkan album berjudul "KERIS". Berikut temuramah Loque :
1. Firstly,apa khabar dan apakah perkembangan terbaru BUTTERFINGERS?

Baik ,butterfingers sedang sibuk membuat promosi album dalam dan luar internet. Kami baru sahaja selesai distribute single 1000 tahun untuk dimainkan dlm radio. Buat masa sekarang pergerakan kami masih lagi agak underground tetapi satu hari nanti akan menembusi radio juga.

2. Line up terkini pada masa ini , rasanya tiada perubahan? Kalian semua berasal kampung mana ya? 
 
Tiada perubahan line-up kami kekal basic combo iaitu loque, emmett, kadax dan loko. Kami berasal dari Kuala Lumpur.

3. Pandangan tentang projek album terbaru KEMBALI yang bakal diterbitkan dari segi teknikal rakaman dan pemasaran yang dilihat menggunakan pendekatan lebih D.I.Y ? 
 
KEMBALI adalah satu album ‘sunshine’. Ia adalah cermin kepada album ‘STD’,contohnya tajuk lagu “Kabus Ribut’ dalam album Kembali ialah Terus Terang. Senang cerita Selamat Tinggal Dunia vs Kembali. Kami merakamkan album ini distudio Kings menggunakan teknik digital.Kebanyakannya adalah trial and error dan sedikit experimental. Semua audio tracks/layers disimpan dlm harddisk. kami juga menggunakan drum pad disebalik penggunaan drum set betul. Rakaman mengambil masa 10 hari 10 malam, 24jam berkurung didlm studio tiap2 hari pada bulan August tahun 2007. Rekod paling cepat satu album pernah disiapkan oleh Butterfingers.

4. Apakah ada sebarang perubahan dari segi muzikal antara dulu dan BUTTERFINGERS pada hari ini?

Memang banyak perubahan dan kami rasa semua peminat boleh menjadi saksi terhadap peralihan itu.Semuanya bermula apabila kami ada lagu sendiri dan mahu berkongsi dengan peminat muzik.Pada waktu itu, satu cara untuk menapak didalam industri musik ialah bermain dahulu didalam underground scene. Sambutan tersangatlah superb kami menerima ramai sambutan kerana orang suka akan musik yang kami bawakan.

5. Perancangan untuk menghasilkan sebarang material berbentuk T-shirt, Poster, stiker dalam masa terdekat?

Banyak perancangan. Untuk sekarang ini kami tidak boleh memastikan semuanya kerana ada beberapa perkara lagi yang hendak diselesaikan tetapi jikalau ada akan kami post buletin diruangan Myspace, facebook, butterfingerstheband.blogspot.com, youtube dan laman rasmi kami yang dlm proses reconstruct tetapi akan siap dalam sedikit masa lagi.

6. Selain bermain muzik,apakah kerjaya anggota band ini? 

Pekerjaan harian 9-5 adalah ‘bread and butter’suatu kehidupan. Emmett dan kadax bekerja didalam sektor swasta, loko bekerja didalam sektor awam manakala Loque sedang sibuk menghabiskan pengajiannya di Amerika Syarikat.

7. Antara band favourite (Oversea) korang sejak awal bermain muzik sehinggalah sekarang?

Beatles, Radiohead, Smashing Pumpkins, The Verve 35, Foo Fighters, Stone Roses, Lemonheads, RHCP, Sebadoh. Susah nak terangkan kerana kami dengar banyak jenis muzik asalkan lagu dan rakaman lagu tu PADU!!

8. Di Malaysia pada hari ini banyak band baru yang tumbuh macam cendawan (satu perkembangan yg sihat), kelihatan seperti zaman mula-mula scene di negara kita mula-mula naik dulu, BUTTERFINGERS sebagai band primier apakah saranan atau panduan kepada pelapis-pelapis baru ini, khususnya dlm memperjuangkan irama berat?

Adalah satu kebetulan dan petanda baik butterfingers kembali didalam era indi ini dimana ia menjadi ikutan ramai. Kami sudah pun bebas dari penjara EMI dan kami kembali kepetak pertama iaitu kubu kami sendiri. Dengan bantuan internet dan fanbase yg ramai. Perjuangan adalah lebih mudah untuk dilaksanakan. Kami percaya sebagai seorang insan yang tergolong dalam masyarakat berfikiran terbuka, keikhlasan adalah kunci suatu kejayaan.
 
9. Antara Fanzine yang diminati semasa zaman 90-an?
-Tiada-

10 .Makanan dan minuman yg menjadi favourite korang?

N.G.A,T.A (nasi goreng ayam,teh ais)

11. Harapan korang bagi tahun 2008 nie seiring dengan perjalanan karier muzik BUTTERFINGERS di Malaysia?

Tiada harapan pada tahun ini, album KEMBALI adalah satu album ‘Let It Be’ bagi kami. Takde apa yang hendak diusahakan, biarlah ia mencapai tahap kematangan dan berdiri dengan sendiri. Kami percaya KEMBALI boleh pergi jauh lagi dari Transcendence kerana jiwa kami yg bebas,lagu biasa je tapi best, lirik sempoi tapi bermakna. Terpulanglah kepada loyal butterfingers fans dan pendengar untuk menilainya.

12. Last, harap BUTTERFINGERS terus steady memperjuangkan irama GRUNGE dlm scene tempatan,ada last words untuk pembaca zine ? 
Pertama sekali kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat yg telah menyokong pergerakan butterfingers sejak hari pertama. Nantikan kemunculan album kami akan datang dan kami akan terus berjuang demi muzik.