Pemberontakan Muzik


Budaya punk adalah sub-budaya yang berkembang daripada muzik punk rock. Pemberontakan dan “anti-establishment” berkait rapat dengan budaya ini, yang bermula di New York, London dan kemudiannya tersebar dan menjadi popular pada tahun 1977 di kalangan remaja. Pengaruh punk telah tersebar ke seluruh dunia sejak itu dan berkembang menjadi beberapa sub-budaya lain dan sebagainya.

Sejarah
Budaya ini pada awalnya berunsurkan politik berhaluan kiri dan anarki. Kebanyakannya diikuti oleh belia kelas bawah (terutamanya punk di London). Kemudian ianya berkembang menjadi budaya yang didefinisikan melalui fesyen, muzik, seni, media dan kelakuannya tersendiri, yang selalunya mengejutkan, gelap dan berunsur pemberontakan.
Rock punk berpengaruh besar dalam mempopularkan budaya punk; muzik seakan-akan punk bermula di Amerika Syarikat pada lewat 1960-an, dan dipanggil proto-punk, namun rock punk secara amnya bermula di New York dengan kugiran punk seperti The Ramones dan Blondie pada tahun 1976, dan mula mendapat perhatian dari media apabila band seperti the Sex Pistols dan The Clash dan Cock Sparres di London meledak pada tahun 1978.

Muzik
Punk mempunyai seni dan stail artistik tersendiri. Seperti muzik dan fesyen punk, Seni Visual mereka sarat dengan mesej yang politikal, mengejutkan dan bersifat anti-seni. Pada awalnya Seni Visual punk digunakan dalam muka album punk, majalah (zines) dan T-shirt. Seni Visual punk diinspirasikan oleh montaj dan kolaj Pop Art yang dipopularkan oleh Andy Warhol, dan pada awal 1980-an mula digunakan di dalam majalah, album artis dan poster mainstream yang bukan punk.
Antara filem-filem yang berkaitan dengan budaya ini adalah filem Rock & Roll High School, The Great Rock & Roll Swindle, Another State Of Mind, Sid & Nancy, dan juga dokumentari Filth & the Fury.
Konsert-konsert punk mula mempopularkan tarian Pogo dan "slam-dancing" di kebanyakan konsert rock di-samping "moshing", "stage-diving", "crowd surfing" dan kebanyakan kelakuan lain di dalam konsert rock.

Scene
Kebanyakan punk mempunyai "scene" (komuniti) mereka tersendiri terutamanya di bandar besar. Scene di New York, London dan kemudiannya di San Francisco Bay Area adalah antara komuniti punk yang terawal menjadi terkenal. Kebanyakannya bersifat underground, di mana kebanyakan pengikut muzik punk adalah anti-komersial dan berusaha untuk mengekalkan keaslian (authenticity) budaya mereka supaya tidak menjadi terlalu mainstream dan komersial, dan faktor inilah yang meneyebabkan kebanyakan band punk kurang mendapat perhatian daripada peminat muzik rock umum. Band -band seperti Sex Pistols dan The Ramones kurand dikomersialkan dan hanya mencapai "cult status". Populariti band seperti Green Day menyebabkan mereka dilabel sebagai "poser" dan ditentang oleh pengikut punk yang fanatik.