Apa Nak Jadi Punk Rock ???


Masa dulu kita biasa dengar bermacam jenis muzik dari corong radio. Bila besar sikit barulah pandai goyang-goyang. Lebih menarik kalau pergi funfair menyaksikan band-band rock  seperti May, XPDC, kristal dan yang tutup muka itu Amuk. Aku dulu seminggu sakit tengkuk headbanging punya pasal. Band rock ini bolehlah layan sikit-sikit walaupun mereka tak rock macam kita.

Dari muzik slow rock, punk dan punkrock. Situasi di Underground di Malaysia sekarang ini sudah tidak boleh dibendung lagi, kalau hendak dibandingkan kumpulan Punk rock dan Artis AF sama naik sahaja. Aku pun hairan macam mana dia orang boleh cipta lagu begitu banyak sedang satu lagu pun tidak top dan belum ada band yang betul-betul boleh jadi macam Bad Religion atau NOFX.

Walaumacamana pun aku tetap menyokong scene underground masa ini. Kita haruslah lebih kreatif dan jangan meniru muzik orang lain dan carilah identiti sendiri barulah boleh meningkat. Teruslah berjuang walaupun tak cukup wang seperti mencurah air ke daun keladi. Tetapi aku respect band yang ada di malaysia ini walaupun tidak meningkat dan hanya ada demo dan Ep tapi gig tak pernah tinggal. Moga satu hari nanti DIY komuniti boleh buat duit dan keluarkan muzik jenama Malaysia.