Temuramah Butterfingers 2008 oleh Azreen HC - Thecoresystemzine

Butterfingers telah dikenali di Malaysia sejak tahun 2007 dan telah menghasilkan lebih kurang 7 album dan menghasilkan 1 kompilasi "KAMI" bersama beberapa kumpulan dari Malaysia. Album popular Butterfingers ialah KEMBALI merupakan albumnya yang terakhir setelah menukar nama menjadi MONOLUGUE. Ia pernah review dalam ROTTW setelah menghasilkan album berjudul "KERIS". Berikut temuramah Loque :
1. Firstly,apa khabar dan apakah perkembangan terbaru BUTTERFINGERS?

Baik ,butterfingers sedang sibuk membuat promosi album dalam dan luar internet. Kami baru sahaja selesai distribute single 1000 tahun untuk dimainkan dlm radio. Buat masa sekarang pergerakan kami masih lagi agak underground tetapi satu hari nanti akan menembusi radio juga.

2. Line up terkini pada masa ini , rasanya tiada perubahan? Kalian semua berasal kampung mana ya? 
 
Tiada perubahan line-up kami kekal basic combo iaitu loque, emmett, kadax dan loko. Kami berasal dari Kuala Lumpur.

3. Pandangan tentang projek album terbaru KEMBALI yang bakal diterbitkan dari segi teknikal rakaman dan pemasaran yang dilihat menggunakan pendekatan lebih D.I.Y ? 
 
KEMBALI adalah satu album ‘sunshine’. Ia adalah cermin kepada album ‘STD’,contohnya tajuk lagu “Kabus Ribut’ dalam album Kembali ialah Terus Terang. Senang cerita Selamat Tinggal Dunia vs Kembali. Kami merakamkan album ini distudio Kings menggunakan teknik digital.Kebanyakannya adalah trial and error dan sedikit experimental. Semua audio tracks/layers disimpan dlm harddisk. kami juga menggunakan drum pad disebalik penggunaan drum set betul. Rakaman mengambil masa 10 hari 10 malam, 24jam berkurung didlm studio tiap2 hari pada bulan August tahun 2007. Rekod paling cepat satu album pernah disiapkan oleh Butterfingers.

4. Apakah ada sebarang perubahan dari segi muzikal antara dulu dan BUTTERFINGERS pada hari ini?

Memang banyak perubahan dan kami rasa semua peminat boleh menjadi saksi terhadap peralihan itu.Semuanya bermula apabila kami ada lagu sendiri dan mahu berkongsi dengan peminat muzik.Pada waktu itu, satu cara untuk menapak didalam industri musik ialah bermain dahulu didalam underground scene. Sambutan tersangatlah superb kami menerima ramai sambutan kerana orang suka akan musik yang kami bawakan.

5. Perancangan untuk menghasilkan sebarang material berbentuk T-shirt, Poster, stiker dalam masa terdekat?

Banyak perancangan. Untuk sekarang ini kami tidak boleh memastikan semuanya kerana ada beberapa perkara lagi yang hendak diselesaikan tetapi jikalau ada akan kami post buletin diruangan Myspace, facebook, butterfingerstheband.blogspot.com, youtube dan laman rasmi kami yang dlm proses reconstruct tetapi akan siap dalam sedikit masa lagi.

6. Selain bermain muzik,apakah kerjaya anggota band ini? 

Pekerjaan harian 9-5 adalah ‘bread and butter’suatu kehidupan. Emmett dan kadax bekerja didalam sektor swasta, loko bekerja didalam sektor awam manakala Loque sedang sibuk menghabiskan pengajiannya di Amerika Syarikat.

7. Antara band favourite (Oversea) korang sejak awal bermain muzik sehinggalah sekarang?

Beatles, Radiohead, Smashing Pumpkins, The Verve 35, Foo Fighters, Stone Roses, Lemonheads, RHCP, Sebadoh. Susah nak terangkan kerana kami dengar banyak jenis muzik asalkan lagu dan rakaman lagu tu PADU!!

8. Di Malaysia pada hari ini banyak band baru yang tumbuh macam cendawan (satu perkembangan yg sihat), kelihatan seperti zaman mula-mula scene di negara kita mula-mula naik dulu, BUTTERFINGERS sebagai band primier apakah saranan atau panduan kepada pelapis-pelapis baru ini, khususnya dlm memperjuangkan irama berat?

Adalah satu kebetulan dan petanda baik butterfingers kembali didalam era indi ini dimana ia menjadi ikutan ramai. Kami sudah pun bebas dari penjara EMI dan kami kembali kepetak pertama iaitu kubu kami sendiri. Dengan bantuan internet dan fanbase yg ramai. Perjuangan adalah lebih mudah untuk dilaksanakan. Kami percaya sebagai seorang insan yang tergolong dalam masyarakat berfikiran terbuka, keikhlasan adalah kunci suatu kejayaan.
 
9. Antara Fanzine yang diminati semasa zaman 90-an?
-Tiada-

10 .Makanan dan minuman yg menjadi favourite korang?

N.G.A,T.A (nasi goreng ayam,teh ais)

11. Harapan korang bagi tahun 2008 nie seiring dengan perjalanan karier muzik BUTTERFINGERS di Malaysia?

Tiada harapan pada tahun ini, album KEMBALI adalah satu album ‘Let It Be’ bagi kami. Takde apa yang hendak diusahakan, biarlah ia mencapai tahap kematangan dan berdiri dengan sendiri. Kami percaya KEMBALI boleh pergi jauh lagi dari Transcendence kerana jiwa kami yg bebas,lagu biasa je tapi best, lirik sempoi tapi bermakna. Terpulanglah kepada loyal butterfingers fans dan pendengar untuk menilainya.

12. Last, harap BUTTERFINGERS terus steady memperjuangkan irama GRUNGE dlm scene tempatan,ada last words untuk pembaca zine ? 
Pertama sekali kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat yg telah menyokong pergerakan butterfingers sejak hari pertama. Nantikan kemunculan album kami akan datang dan kami akan terus berjuang demi muzik.

Adakan Demonstrasi Anti politik



"Semua pihak tanpa mengira agama, parti dan kaum hendaklah menyatakan bantahan mereka terhadap budaya kotor dan jelek di kalangan politik dan media di negara ini. "Kita menentang budaya politik  dan politik selak kain." Berikut itu, semua politik tanpa mengira parti hendaklah menghentikan amalan mendedahkan aib peribadi musuh politik yang bukan membabitkan kezaliman terhadap rakyat.

"Ia adalah amalan jijik dan kotor. Amalan ini hendaklah dihentikan segera. Ia dosa dan jijik; sama ada kerana memfitnah, ataupun mendedah aib peribadi orang. "Ia bukan lambang kekuatan minda pendedah tersebut, sebaliknya hanyalah sekadar mengambil kesempatan dari kelemahan orang lain atau setelah memangsakan orang lain."

Perbuatan ini hendaklah tidak disebarkan kepada masyarakat awam negara ini, kerana ia akan menyebabkan generasi baru terkesan dengan nilai-nilai negatif. "Maka orang politik hendaklah bersopan dalam bahasa dan pertuturan. Mereka hendaklah bersih dari unsur-unsur kotor yang merupakan lambang pemikiran yang selekeh dan peribadi yang rendah. Mereka menjadi contoh kepada rakyat. Namun, sopan tidak menafikan ketegasan."

Media pula, tegasnya, hendaklah menjadi wacana yang bermaruah, bukan penyumbang atau penggalak kepada budaya kotor dalam politik. Media yang menggalakkan fitnah, atau pendedahan pelbagai unsur hendaklah dipulau oleh masyarakat bermaruah. "Ahli politik yang kita mahu ialah mereka yang mampu mencetuskan idea ke arah kebaikan negara, mampu memimpin rakyat dengan pemikiran yang bernas dan menzahirkan nilai-nilai diri yang positif.

"Mereka yang kontang idea, tiada nilai karismik dalam kepimpinan, gersang nilai budi dan adab hendaklah diusir dari pentas politik. "Mereka yang sebeginilah yang akan cenderung mencari kelemahan peribadi musuh disebabkan gagal membina kekuatan diri." Oleh itu, rakyat hendaklah bangkit menentang semua bentuk kezaliman dan penindasan hak, tanpa mengira agama, kaum dan parti. "Bebas dari fanatik kepartian, tetapi menjadi manusia yang berprinsip dalam menegakkan kebenaran."

Apa Nak Jadi Punk Rock ???


Masa dulu kita biasa dengar bermacam jenis muzik dari corong radio. Bila besar sikit barulah pandai goyang-goyang. Lebih menarik kalau pergi funfair menyaksikan band-band rock  seperti May, XPDC, kristal dan yang tutup muka itu Amuk. Aku dulu seminggu sakit tengkuk headbanging punya pasal. Band rock ini bolehlah layan sikit-sikit walaupun mereka tak rock macam kita.

Dari muzik slow rock, punk dan punkrock. Situasi di Underground di Malaysia sekarang ini sudah tidak boleh dibendung lagi, kalau hendak dibandingkan kumpulan Punk rock dan Artis AF sama naik sahaja. Aku pun hairan macam mana dia orang boleh cipta lagu begitu banyak sedang satu lagu pun tidak top dan belum ada band yang betul-betul boleh jadi macam Bad Religion atau NOFX.

Walaumacamana pun aku tetap menyokong scene underground masa ini. Kita haruslah lebih kreatif dan jangan meniru muzik orang lain dan carilah identiti sendiri barulah boleh meningkat. Teruslah berjuang walaupun tak cukup wang seperti mencurah air ke daun keladi. Tetapi aku respect band yang ada di malaysia ini walaupun tidak meningkat dan hanya ada demo dan Ep tapi gig tak pernah tinggal. Moga satu hari nanti DIY komuniti boleh buat duit dan keluarkan muzik jenama Malaysia.

SHUTDOWN ZINE (Ray Yunus)


Too little time for hatred

This life, a very short one. How would you like to describe your life? How would you like it to be shared with your kids of the next generation?
To be the another superhero of all time? Who managed to solve every problem created by you yourself? Is it all about being the number one? All time favorite hero?
How perfect were you in your short life? Man was born to learn from every mistakes they have made, and why do you still talking about perfection and all the 'being number one’ stuff?
In your short life, you was struggling to survived. Your mouth was muted, your ear was deafen, your eyes were blinded. So why don’t you just tell them the truth? So that the kids will have something about the truth as a lesson to be learn. You don’t want to see the same type of robots being produced over and over again, right?
We were taught to obey the same routine of law from day one until our very last breath. We knew it, but we pretended seeing nothing. We were not blind, but we pretended as if nothing ever happened. We have a pair of ear and what did we do? We pretended again as if nothing ever been heard.
We were never a superhero at all. We are all the same. You and me, we state the obvious. We think about common sense. We live to love. We are never a superhero at all. We need each other, to reproduce, to keep the love going on and on and on and on, to live in solidarity. Why? Because we were not created to live for forever.
Too little time for hatred, very short life to live. Why waste your short life for hatred? Share your happiness with everyone, isn’t that so common sense?
You were thinking to live perfectly with all the luxurious things all around you, for who? You? Just you? Was it all about you? Really?
We are fooling each other, everytime! We kill each other, kill not killed, there is a repetition, continuosly killing each other! Why? For what? I told you, we were taught to obey the same routine, to be the number one, SATU in bahasa. As of that, we created too many ideologies to comfort us, do we need one? fake statistics for fake democracies, fight for nonsense so called human rights and.. bla bla bla, bla bla bla. Still, mankind are dying, starving, helpless, hopeless. And why? Why? Why?
I am talking to a dead man? Mr.grammar said so.
Too little time to live for hatred. Spread the love because its free. Common sense. Selamat! Sukses!

Artikel Too little time for hatred oleh Ray Yunus utk Lovegrasszine