Carburator Dung sebuah band yang ramai pengikut-pengikut
muzik Underground / Punk di Malaysia
Nazri :
Assalamualaikum, macam mana sekarang Carburator Dung. Adakah kalian
semua sihat-sihat belaka dan perkenalkan line-up korang yang sekarang.
CD : Semua Ok boss – Line-up band kami semenjak Januari 2008
! Tom-gitar , Joe Kidd – Gitar , Fendi – Bass , Bullet – Dram dan Alak – Vokal
Nazri : Ok. Bolen ceritakan sedikit tentang
pertubuhan Carburator Dung ?
CD : Secara ringkasnya , Joe join band Fendi yang pada kala
itu bernama Stormfish dalam tahun 1991 dan band itu ditukar nama kepada
Carburator Dung . Seterusnya panjang ceritalah pulak ! Sila check dekat sini
untuk sejarah Detail : http://CarburatorDung.kerbau.com/brief-biography/
Nazri : Macam mana dengan tour yang tahun lepas adakah amat
berpuas hati atau tak?
CD : Puas hati , good shows , very nice people dan juga
tengok banyak band-band best.
Nazri : Pernah tidak korang ada kenangan yang manis tidak
dapat kalian lupakan?
CD : Banyak boss
Nazri : Pandangan Carburator Dung tentang isu politik zaman
sekarang?
CD : Secara keseluruhannya cukup memboringkan tetapi
disebabkan perkembangan politik negara sememangnya akan membawa kesan besar
kepada setiap rakyat negara ini, kita perlu pantau , ambil tahu, menilai dan
bersuara apabila perlu.
Nazri : Setakat ini sudah berapa lagukah Carburator Dung
sudah ada sekali dengan lagu lama-lama yang dahulu?
CD : Alamak , malas hendak bilang boss banyak.
Nazri : Namakan band Kelantan yang korang suka dan band
Terengganu?
CD : Lama tidak ikut perkembangan dekat sana. Tapi kala hendak ikut memori , Kelantan
dulu ada Slap Death , antara pioneer dead metal yang juga kawan-kawan baik
kami. Kalau di Terengganu beberapa tahun lepas ada dua buah band yang kami suka
, Dirty Divider dan Goodnite Goodies.
Nazri : Kala diberi peluang band manakah korang mahu perform
bersama dengan mereka?
CD : Sudah dapat dah , Buzzcocks itu hari.
Nazri : Apakah mesej di lagu kalian yang kalian hendak mesejkan
kepada masyarakat? Boleh jelaskan?
CD : Kami ada banyak lagu dan setiap lagu ada mesej
tersendiri jadi susah hendak komen. Mungkin pada keseluruhannya kita boleh
umumkan sebagai perkongsian idea-idea yang kami ada dengan kawan-kawan
antaranya kepekaan terhadap apa yang berlaku disekeliling diri kita dan bangun
melawan sekiranya ada yang meinjak hak-hak kita sebagai individu bebas.
Nazri : Nama Carburator Dung dulu iaitu nama Stormfish so
kenapa kalian tukar nama itu?
CD : Seperti disebutkan tadi pertukaran nama itu terjadi
apabila Joe masuk. Setahun sebelum itu Joe pernah menubuhkan sebuah band
bernama Carburator Dung bersama beberapa kawan baik dia tetapi Dung versi
awalan itu tidak menjadi selepas dua tiga kali Jamming terus bubar. Jadi apabila
dijemput masuk bersama Stormfish nama Carburator Dung itu hidup kembali.
Nazri : Kenapa dulu line-up Carburator Dung selalu
bertukar-tukar?
CD : Tidak banyak band yang boleh kekal line-up dia selepas
hampir setahun bersama yang penting line-up terbaru kami sekarang adalah
line-up yang cukup best untuk kami. Harap-harap yang ini akan kekal.
Nazri : Pernah tidak dahulu korang perform bersama Jelly
Belly, Lovely Ungley , Deflowered , Stone Roses , The Shitworkes , The Toyols ,
OAG , Fadedface , ACAB , Karut dan 18 volencia?
CD : THE SHITWORKERS itu band projek kami sendiri ( Fendi ,
Joe dan Bullet ) Deflowered itu band Joe dalam awal 90’an. Yang lain itu ada
yang pernah kami perform bersama ada yang tidak . Yang mana itu kami sudah lupa
boss.
Nazri : Pendapat kalian kes buangan bayi dimasa sekarang?
CD : Bagi kami itu satu perlanggaran keperluan untuk kita
bertanggungjawab (responsibility) keatas aksi yang telah kita lakukan. Sebagai
seorang ibu dan ayah keduanya perlu bertanggungjawab terhadap bayi yang
keduanya hasilkan. Iaitu menyediakan kehidupan yang terbaik termampu untuk anak
mereka. Masalahnya apabila individu-individu ini mencari jalan keluar yang
ringkas untuk lari dari tanggungjawab mereka. Itu salah . You reap what you
Sown – kata omputih.
Nazri : Maklumat lanjut untuk mengetahui Carburator Dung?
Nazri : Kata-kata penutup daripada Carburator Dung?
CD : Baca sebelum kami dibaca.