Kecenderungan penduduk negara ini menggunakan botol air mineral plastik
secara berulang kali untuk menjimatkan kos, sebenarnya boleh mengundang
maut. Ini kerana kajian menunjukkan penggunaan botol dan
pembungkus plastik polyvinyl chloride (PVC) berulang kali akan
mendedahkan penggunanya terhadap unsur kimia seperti ‘vinyl cloride
monomer’ (VCM) dan ‘phthalates’. VCM dikenalpasti mengandungi karsinogen
yang boleh menyebabkan barah.
Selain VCM dan phthalates, bekas
plastik mengandungi bahan logam berbahaya seperti kadmium yang
digunakan sebagai ‘plastisizer’ iaitu untuk meningkatkan kualiti plastik
supaya warnanya cerah dan tidak kekuningan biarpun lama digunakan.
Penggunaan secara berulang boleh menyebabkan kadmium di dalamnya
terhakis dan mencemarkan makanan atau minuman. Pembungkus makanan daripada bahan PVC sepatutnya tidak boleh mengandungi lebih daripada satu miligram per kilogram (mg/kg) VCM. Makanan
yang dibungkus dengan PVC dan dicemari VCM melebihi 0.05mg/kg tidak
sesuai dimakan kerana boleh mendatangkan kesan mudarat pada kesihatan.
Botol minuman diperbuat daripada polyethylene terephthalate (PET) selamat digunakan dalam keadaan biasa, namun memanaskannya boleh mengeluarkan ‘phthalates’. Phthalates disyaki boleh meniru hormon manusia, tetapi ia tidak menyebabkan barah, namun ia boleh mengganggu fungsi hormon manusia. Jika peraturan ini tidak dipatuhi, ia boleh mendatangkan kesan negatif kepada pengguna. Peraturan mengenai pembungkus dan bekas makanan daripada PVC terkandung di dalam Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985.

Namun
tidak ramai menyedarinya kerana kesedaran terhadap penggunaan barangan
plastik untuk pembungkusan atau menyimpan makanan atau air masih
rendah. Penggunaan botol plastik
mengundang bahaya lain seperti jangkitan kuman kerana bakteria boleh
membiak berikutan bahan itu sukar dicuci bersih dan melekat daki. Jika
ragu-ragu mengenai jenis plastik yang boleh digunakan secara berulang
untuk menyimpan makanan, sila rujuk kepada Bahagian Kawalan Mutu
Kementerian Kesihatan.
Bahaya penggunaan botol plastik berulang kali kerana ramai menggunakan botol air mineral sebagai bekas minuman di dalam peti sejuk.Lebih berbahaya, ramai menjadikan botol itu sebagai bekas minuman anak ke sekolah, bekal ke pejabat atau untuk beriadah. Sedangkan botol berkenaan hanya boleh digunakan sekali atau dua atau paling lama seminggu sebelum perlu dibuang. Kurang pengetahuan dan kesedaran menyebabkan banyak lagi amalan rakyat negara ini mendedahkan mereka kepada pelbagai penyakit kronik.
Kertas akhbar dan majalah mengandungi timah hitam melebihi had dibenarkan. Apabila timah hitam ini ada dalam tubuh, ia masuk ke saluran pernafasan dan pencernaan, seterusnya sistem peredaran darah sebelum tersebar ke bahagian lain seperti ginjal, hati, otak, saraf dan tulang. Ini cukup berbahaya dan tidak boleh dijadikan pembungkus makanan.Bahan pembungkus stirofom dan polisterin pula kini cukup popular, tetapi kajian mendapati ia mengandungi bahan unsur karsinogen.

Bahan berasaskan plastik itu
boleh digunakan sekali dua saja. Jika dibasuh berulang kali, bahagian
dalamnya terhakis dan mengeluarkan bahan kimia yang memudaratkan
kesihatan. Bahan kimia dalam
bekas plastik mudah terhasil apabila terkena cahaya matahari, misalnya
botol mineral bagi mengisi air minuman yang ditinggalkan dalam kereta. Bekas
plastik terbabit sepatutnya dikitar semula untuk dijadikan barangan
berasaskan plastik lain yang tiada kaitan dengan makanan. Sebaiknya,
untuk menyimpan makanan atau minuman, gunakan bahan dibuat khusus untuk
digunakan berulang kali, misalnya termos atau jenis plastik tahan panas
dan khusus untuk menyimpan makanan. Kepanasan makanan atau minuman yang disimpan dalam bekas
plastik tertentu juga boleh menghasilkan bahan kimia yang memudaratkan
kesihatan, misalnya amalan minum teh tarik bungkus.
Teh tarik seeloknya diminum menggunakan cawan kerana wap yang keluar daripada plastik pembungkus yang bercampur dengan teh boleh menyebabkan tindak balas kimia. Kari panas dibungkus menggunakan bahan plastik juga amalan tidak baik dan kesannya sama seperti teh tarik bungkus. Semua barangan plastik diterima oleh pusat kitar semula. Kesedaran terhadap bahaya penggunaan bekas plastik secara berulang akan mengalihkan perhatian pengguna untuk mengitar semula barangan terbabit dalam menjaga alam sekitar.

Rujukan/sumber: Harian Metro 22 Januari 2006
Nampaknya penggunaan bahan-bahan tertentu kadang-kadang boleh membawa risiko terhadap kesihatan kita.