Budaya punk adalah sub-budaya yang berkembang
daripada muzik punk rock. Pemberontakan dan “anti-establishment”
berkait rapat dengan budaya ini, yang bermula di New York, London dan
kemudiannya tersebar dan menjadi popular pada tahun 1977 di kalangan
remaja. Pengaruh punk telah tersebar ke seluruh dunia sejak itu dan
berkembang menjadi beberapa sub-budaya lain dan sebagainya.
Budaya ini pada awalnya berunsurkan politik berhaluan
kiri dan anarki. Kebanyakannya diikuti oleh belia kelas bawah
(terutamanya punk di London). Kemudian ianya berkembang menjadi
budaya yang didefinisikan melalui fesyen, muzik, seni, media dan
kelakuannya tersendiri, yang selalunya mengejutkan, gelap dan
berunsur pemberontakan.
Rock punk berpengaruh besar dalam mempopularkan
budaya punk; muzik seakan-akan punk bermula di Amerika Syarikat pada
lewat 1960-an, dan dipanggil proto-punk, namun rock punk secara amnya
bermula di New York dengan kugiran punk seperti The Ramones dan
Blondie pada tahun 1976, dan mula mendapat perhatian dari media
apabila band seperti the Sex Pistols dan The Clash dan Cock Sparres
di London meledak pada tahun 1978.
Punk mempunyai seni dan stail artistik tersendiri.
Seperti muzik dan fesyen punk, Seni Visual mereka sarat dengan mesej
yang politikal, mengejutkan dan bersifat anti-seni. Pada awalnya Seni
Visual punk digunakan dalam muka album punk, majalah (zines) dan
T-shirt. Seni Visual punk diinspirasikan oleh montaj dan kolaj Pop
Art yang dipopularkan oleh Andy Warhol, dan pada awal 1980-an mula
digunakan di dalam majalah, album artis dan poster mainstream yang
bukan punk.
Antara filem-filem yang berkaitan dengan budaya ini
adalah filem Rock & Roll High School, The Great Rock & Roll
Swindle, Another State Of Mind, Sid & Nancy, dan juga dokumentari
Filth & the Fury.
Konsert-konsert punk mula mempopularkan tarian Pogo
dan "slam-dancing" di kebanyakan konsert rock di-samping
"moshing", "stage-diving", "crowd surfing"
dan kebanyakan kelakuan lain di dalam konsert rock.
Scene
Kebanyakan punk mempunyai "scene"
(komuniti) mereka tersendiri terutamanya di bandar besar. Scene di
New York, London dan kemudiannya di San Francisco Bay Area adalah
antara komuniti punk yang terawal menjadi terkenal. Kebanyakannya
bersifat underground, di mana kebanyakan pengikut muzik punk adalah
anti-komersial dan berusaha untuk mengekalkan keaslian (authenticity)
budaya mereka supaya tidak menjadi terlalu mainstream dan komersial,
dan faktor inilah yang meneyebabkan kebanyakan band punk kurang
mendapat perhatian daripada peminat muzik rock umum. Band -band
seperti Sex Pistols dan The Ramones kurand dikomersialkan dan hanya
mencapai "cult status". Populariti band seperti Green Day
menyebabkan mereka dilabel sebagai "poser" dan ditentang
oleh pengikut punk yang fanatik.