Ketika awal kelahiran
Funzine ia bersifat sosialis ia lebih kepada topik-topik yang
bertemakan ilmiah. Zine yang berbentuk sains fiksyen yang bernama
‘The Comet’ yang diterbitkan oleh ‘The Science Correspondent’
di Chicago adalah yang pertama. Diakhir 30’an golongan pemikir zine
ilmiah mula mengkaji tentang illustrasi. Pada pertengahan 1960’an
banyak penggemar sains fiksyen dan komik mempunyai minat yang sama
pada muzik underground dan kemudian zine mengalami revolusi dan
tercipta zine muzik rock. (Crewdaddy zine – 1964). Seterusnya zine
Punk muncul sebagai sebahagian daripada gerakan punk di akhir
1970’an. Zine punk bermula di Uk dan Amerika Syarikat dan sejak itu
mula merebak ke Negara lain seperti Sweden, Perancis dan Malaysia.
Kemunculan zine Punk
membentuk idealogi perkembangan zine di mana reka letak zine mendapat
wajah baru yang penuh dengan unsur seni dan gambar. Zine punk pertama
ialah The Cure yang diterbitkan di London pada Julai 1975 oleh Robert
Smiths. Robert Smith mengambil nama zine itu sempena nama band
punknya The Cure. Para pengikut Punk menggelarkan The Cure Zine
sebagai Kitab Punk. Lalu tahun berikutnya di LA, mulalah muncul penuh
dengan zine-zine seperti Punk Planet, Profane Existance, Heart Attack
dan banyak lagi.
Zine pertama di Malaysia
dipercayai bermula di Terengganu iaitu zine Punk yang bernama
Huru-Hara yang dikeluarkan pada tahun 1986 yang ditulis oleh Mamat
Hitam. Beliau tidak menyebarkan zine tersebut kepada umum dan hanya
berkongsi dengan kelompok rakan-rakan sahaja. Tahun berikutnya pada
1987 muncul lagi sebuah zine yang diberi nama Aedes yang ditaip oleh
Joe Kids iaitu salah seorang penulis terawal bagi zine muzik
Underground di Malaysia, Dalam zine Aedes beliau menampilkan cerita
mengenai scene Punk, Hardcore dan Metal tempatan serta luar Negara.
Zine Aedes berakhir pada issue 8 pada tahun 1996. Selain zine Aedes
muncul pula lain-lain zine yang terawal selepas itu.
Pada sekitar lewat tahun
1990’an sehingga tahun 2001, selain daripada T-shirt yang bercetak
dan kaset band-band kita akan dapat lihat merchandise wajib ketika
acara gig-gig adalah sesebuah buku fotostat yang bersaiz A5 di meja
booth-booth yang menjalankan perniagaan. Golongan pemuzik yang
berkecimpung di dalam aliran memerlukan risalah penyebaran bagi
pergerakan muzik mereka. Penubuhan band-band underground yang
bagaikan cendawan tumbuh membiak merasakan pembuatan zine dalam scene
tempatan diperlukan. Zines muzik adalah fundemantel bagi sesebuah
band Uuderground masa kini.